Back to blog

Tulis sendiri kisah kejayaan awak

Mengorak langkah pertama dalam mencipta kejayaan sebagai freelancer

Syahmi Rafsanjani2 min readUpdated

Izinkan saya membawa awak menelusuri sebuah kisah – sebuah perjalanan yang akan mengubah haluan hidup awak selamanya.

Awal-awal dulu, saya berada di suatu persimpangan hidup, sama seperti yang awak rasakan sekarang.

Saya mengimpikan kehidupan yang lebih dari rutin 9 hingga 5,

Saya mendambakan kebebasan menjana pendapatan melalui skil yang saya ada.

Dan ketika itulah saya termasuk ke dalam dunia freelancing.

Saya terfikir memang seronok kalau boleh dapat jana duit sebagai freelancer,

Tetapi ketika saya merenung ke dalam ketidakpastian, keraguan menghampiri diri saya.

Bolehkah saya benar-benar menjadikan freelancing sebagai punca pendapatan? Apa kebolehan yang ada pada diri saya? Bagaimana cara untuk mula jadi freelancer?

Pertanyaan-pertanyaan tersebut begitu mendalam dan menakutkan.

Namun, di dalam hati saya, ada satu percikan kecil api keberanian.

Keinginan yang begitu utuh untuk mencari sesuatu yang lebih baik.

Untuk diri saya, keluarga saya dan juga orang yang saya sayangi.

Dan itulah sebabnya saya mengambil keputusan,

Untuk membuat leap of faith.

Satu keputusan yang mengubah hidup saya buat selamanya.

Alhamdulillah, tiada siapa pun sangka. Apatah lagi diri kecil saya.

Yang kini saya mampu meraih pendapatan enam angka setahun sebagai seorang freelancer.

Dan saya tak sabar untuk berkongsi rahsia perjalanan saya dengan awak.

Namun, awak mungkin terfikir bahawa jalan menuju kejayaan freelancing mungkin kelihatan menakutkan.

Tetapi jangan biarkan ketakutan ini menghalang awak.

Adakah awak bersedia untuk menjadikan impian awak sebagai realiti?

Percayalah pada diri awak – dan tulis sendiri kisah kejayaan awak.

Kepada langkah pertama dalam menulis kisah kejayaan awak,

Syahmi Rafsanjani