Podcast: Freelancing lagi berbaloi dari kerja biasa?
Jemputan podcast bersama Palatao Show mengenai kisah saya bermula sebagai seorang freelancer, pengalaman mengurus klien dan kewangan sendiri
Syahmi Rafsanjani1 min readUpdated 
Pada minggu lepas, saya dijemput oleh saudara Azhar dari **Palatao Show **mengenai kisah saya sebagai seorang freelancer. Terima kasih kepada Palatao Show.
Saya juga sentuh beberapa perkara mengenai freelance iaitu cara bermula, kestabilan income sebagai freelancer, mengurus expectation client dan lain-lain lagi.
Jemput tengok melalui YouTube di atas atau melalui Spotify di bawah.
Soalan Daripada Freelancers Baru
Saya pernah kumpulkan soalan daripada pembaca supaya saya boleh bantu pemula freelance lain di luar sana.
Terima kasih kepada yang sudi jawab minggu lepas dan ini adalah antara soalan-soalan yang saya terima:
1.Apakah beza gambaran sebelum tuan menjadi freelance dan realiti sebenar menjadi freelance sehingga sekarang?
2.Apakah cabaran-cabaran yang perlu dihadapi semasa ingin berjinak dalam freelance dan ketika telah berada dalam dunia freelance?
- step by step become a freelancer
- cara deal dgn customer dan basic calculation/formula untuk letak pricing
- Sistem yang perlu ada sebelum mula freelancing. Contohnya invoicing system dan payment system. Macamana nak buat dan apa cara yang betul?
- Perlu buat contract? Kalau perlu, macamana cara dia?
Masih ada banyak soalan yang relevan untuk pemula freelance, dan soalan-soalan seperti ini boleh jadi panduan untuk topik perkongsian seterusnya.