Back to blog

5 Template Untuk Kongsikan Kerja Awak Di Media Sosial

Template asas untuk menjadi go-to-person di media sosial

Syahmi Rafsanjani3 min readUpdated
Photo by Glenn Carstens-Peters on Unsplash

Ada pelbagai cara untuk mempromosikan diri awak di media sosial.

Sekiranya awak masih belum mengetahui caranya, awak boleh baca semula 3 cara untuk mempromosikan diri di media sosial yang telah saya kongsikan pada minggu lalu di bawah:

Minggu ini, saya ingin berkongsi mengenai 5 template post yang awak boleh gunakan untuk mempromosikan kerja awak di media sosial.

Kenapa di media sosial?

Kerana bakal-bakal klien awak, ramai di media sosial.

Tambahan pula, cara sebegini lebih efisien untuk dilakukan kerana awak dapat berkongsi manfaat sambil mempromosikan diri awak kepada audience.

Dan apabila audience awak sudah semakin kerap melihat perkongsian awak di media sosial, awak akan menjadi go-to-person mereka di dalam bidang yang awak kuasai.

Jadi, mari kita mulakan.

1) Tunjukkan Hasil Kerja

Awak boleh gunakan template ini untuk menonjolkan hasil kerja yang sedang, atau telah awak dilakukan.

Sekiranya disertakan dengan gambar, template ini akan dapat memberi impak yang lebih kuat.

Algoritma X (Twitter) juga akan membantu meningkatkan reach post awak sekiranya ada gambar yang disertakan dalam post awak.

Tuliskan juga sedikit maklumat mengenai kerja tersebut.

Contoh:

upload gambar logo-logo yang telah berjaya disiapkan

“Ini adalah hasil reka bentuk logo-logo yang pernah saya lakukan. Apa pendapat anda?”

2) Aktiviti Belakang Tabir

Template ini akan dapat memberi sedikit gambaran kepada bakal-bakal klien tentang bagaimana cara awak bekerja dan menguruskan projek awak.

Ia akan membantu membina hubungan dengan audience dan dapat menunjukkan betapa bersemangatnya awak ketika menguruskan projek yang sedang dikerjakan.

Contoh:

upload gambar dengan klien di tempat pertemuan

“Pagi tadi saya bertemu dengan Tuan Mahmud untuk membincangkan mengenai projek kami yang seterusnya. Nantikan hasilnya!”

3) Ulasan Positif Klien

Ulasan jujur dan positif daripada klien adalah satu alat yang kuat untuk meyakinkan orang lain tentang kemahiran awak.

Jadikan ia sebagai salah satu bukti profesionalisme dan kecekapan awak dalam mengurus dan menyelesaikan projek-projek klien.

Contoh:

upload gambar ulasan klien

“Terima kasih Tuan Ahmad atas sokongan dan ulasan positif yang membina. Saya akan sentiasa memberikan yang terbaik untuk klien-klien saya!”

4) Kongsi Ilmu/Tips

Apabila awak sering berkongsi pengetahuan dan tips dalam bidang yang awak kuasai, awak akan dilihat sebagai sumber pengetahuan yang dipercayai oleh audience awak.

Akhirnya, awak akan menjadi go-to-person mereka di dalam bidang tersebut.

Tulis artikel atau video pendek yang dapat memberikan nilai tambah (value added) kepada audience awak.

Contoh:

tulis sebuah thread di X (Twitter)

“Saya ingin berkongsi beberapa tips berguna untuk menjadikan website anda kelihatan profesional dengan menggunakan konsep minimalis tanpa menganggu user experience.”

5) Ucapan Terima Kasih dan Penghargaan

Ucapkanlah terima kasih kepada mereka yang telah memberikan awak peluang sama ada ia adalah klien, rakan-rakan di media sosial, dah sesiapa sahaja yang telah memberikan sokongan kepada awak.

Contoh:

“Terima kasih kepada Tuan Hamid dan kumpulan kerana telah mempercayai saya dengan projek-projek mereka. Tanpa sokongan anda, saya tidak akan mencapai tahap ini. Semoga jasa baik anda diberkati!”

Inilah 5 template post untuk berkongsi hasil kerja awak di media sosial yang boleh digunakan untuk mempromosikan diri awak agar menjadi go-to-person di dalam bidang yang awak kuasai.

Olah sendiri templates ini supaya menjadi lebih sesuai dengan bidang awak dan cara awak berinteraksi di media sosial.

Sekiranya awak berterusan dan konsisten berkongsi di media sosial, insya-Allah awak juga akan dapat menuai hasilnya kelak.

Jangan lupa berkongsi dengan audience awak.

Semoga maju jaya dan kita jumpa lagi pada minggu hadapan.

Kalau awak ada sebarang soalan berkaitan freelance, awak boleh DM saya terus atau melalui Tanya Syahmi Dulu