Back to blog

3 Tips Urus ‘First Impression’ Dengan Lebih Baik

Tingkatkan tahap profesionalisme awak bersama bakal klien freelance

Syahmi Rafsanjani4 min readUpdated
Photo by Kelli McClintock on Unsplash

Sebagai seorang freelancer, terdapat satu perkara penting yang mampu menjadi faktor penentu sama ada bakal klien akan berkolabarasi dengan awak ataupun tidak.

Ia adalah frasa yang sering kita dengari iaitu, ‘first impression’.

The way you present yourself and communicate in the beginning can shape the course of your business interactions.

Sebelum bersemuka (face-to-face) dengan klien, kebanyakkan komunikasi awal yang berlaku adalah melalui email, mesej, atau panggilan telefon.

Oleh itu, penting untuk awak pastikan bahawa first impression awak adalah positif dan professional.

Di dalam dunia perniagaan yang semakin digital, first impression juga tidak lagi terhad kepada pertemuan secara berhadapan, tetapi juga melalui platform digital.

Kali ini, saya ingin berkongsi 3 tips penting untuk menguruskan 'first impression' awak sebagai seorang freelancer.

Pengurusan ‘first impression’ ini amat penting agar awak dilihat boleh dipercayai dan diyakini dapat menyelesaikan masalah bakal klien awak.

1. Membalas E-mel & Mesej Secara Profesional

Komunikasi menerusi e-mel dan mesej boleh dikatakan sebagai bahasa utama di dalam dunia freelancing.

Penting untuk awak pastikan bahawa setiap e-mel dan mesej yang dihantar adalah professional.

Pastikan bahasa yang awak gunakan adalah sopan dan sesuai.

Periksa juga tatabahasa dan ejaan awak untuk memastikan penulisan awak bebas daripada ralat (typo).

Biasakan mengeja secara penuh di dalam penulisan, walaupun ia adalah sekadar perbualan di WhatsApp atau mana-mana sosial media yang lain.

Sertakan juga tandatangan (untuk e-mel) dan juga maklumat seperti nombor telefon dan laman web peribadi (jika ada).

Cuba bayangkan apabila awak sendiri menerima e-mel daripada seorang bakal klien yang mengandungi banyak kesilapan tatabahasa, ejaan yang salah, dan cara penulisan yang kasar.

Ia akan memberi anggapan awal yang kurang profesional. Oleh itu, perhatian kepada aspek-aspek ini adalah penting.

Sebagai freelancer, awak perlu menunjukkan bahawa awak adalah seorang yang profesional dan berkelayakan untuk menangani projek yang diamanahkan.

Dengan berkomunikasi secara profesional, awak akan memberikan 'first impression' yang baik kepada bakal klien awak.

Gunakan bullet point/nombor dan pecahkan maklumat ke perenggan berasingan ketika berkomunikasi.

Ini akan memudahkan klien membaca dan memahami apa yang awak ingin sampaikan.

2. Profil Media Sosial Sebagai ‘Tingkap’ Kepakaran Awak

Bakal klien akan seringkali merujuk kepada profil media sosial awak sebelum membuat keputusan.

Pastikan profil media sosial awak mencerminkan kemahiran dan kebolehan awak sebagai freelancer.

Ini termasuk gambar profil yang sesuai dan sopan, maklumat ringkas tentang diri awak, dan perkongsian yang berkaitan dengan bidang kemahiran awak.

Elakkan daripada berkongsi perkara-perkara yang kontroversial atau tidak sesuai dengan imej profesional awak.

Sebagai contoh, sekiranya awak menonjolkan diri sebagai seorang yang berkemahiran di dalam seni grafik, pastikan media sosial awak mempunyai contoh-contoh kerja awak yang mencerminkan kebolehan awak di dalam bidang tersebut.

Ini akan memberi keyakinan kepada bakal klien bahawa awak memang berkelayakan dan mampu untuk menyiapkan projek dengan baik.

Berkongsi pengetahuan dan interaksi yang sihat dengan komuniti yang berkaitan di media sosial awak juga akan memberi kesan yang positif kepada profil media sosial awak.

Apabila profil media sosial awak teratur dan dapat mencerminkan kebolehan awak, ia akan mencipta pandangan yang positif pula kepada bakal klien.

3. Berkomunikasi Dengan Jelas Dan Efektif

Kemahiran komunikasi adalah asas kepada 'first impression' yang baik.

Semasa berkomunikasi dengan bakal klien menerusi panggilan telefon atau mesyuarat secara atas talian (online meeting), pastikan awak berbicara dengan jelas dan sopan.

Dengar dengan teliti kepada pertanyaan atau keperluan bakal klien, dan berikan respons yang dapat membantu klien awak.

Berikan nilai semasa berkomunikasi dengan menunjukkan minat dan kesediaan untuk membantu.

Selain itu, berikan perhatian kepada bahasa badan awak semasa berkomunikasi melalui video.

Senyuman dan kontak mata juga boleh memberikan kesan positif kepada bakal klien.

Belajar untuk tingkatkan kemahiran ‘soft-skills’ awak, termasuk menggunakan bahasa badan yang dapat membantu penyampaian awak dalam meyakinkan bakal klien.

Sebagai seorang freelancer, 'first impression' adalah asas kepada hubungan profesional yang berjaya.

Dengan mengambil langkah-langkah di atas, awak akan dapat meningkatkan peluang untuk mendapatkan kepercayaan dan kerjasama daripada bakal klien awak.

'First impression' yang positif akan membantu awak menarik lebih banyak peluang di dalam dunia freelancing.

Semoga maju jaya dan kita jumpa lagi pada minggu hadapan.

Kalau awak ada sebarang soalan berkaitan freelance, awak boleh DM saya terus atau melalui Tanya Syahmi Dulu