Back to blog

5 Persediaan Freelancers Untuk Tahun 2024

Kemelesetan ekonomi & bagaimana untuk kita bersedia?

Syahmi Rafsanjani3 min readUpdated
Photo by Masaaki Komori on Unsplash

Kebelakangan ini sering kali kita terbaca mengenai kemelesatan ekonomi atau economic recession yang akan berlaku pada tahun 2024.

Perkara ini akan terjadi sekiranya kelembapan aktiviti ekonomi daripada kuasa ekonomi besar dunia seperti US dan China menjadi semakin teruk.

Dan sudah tentunya negara kita, Malaysia juga akan terkena tempias ini.

Mahu atau tidak, semua freelancers termasuk awak dan saya perlu bersedia menghadapi cabaran ini pada tahun hadapan.

Jadi, dalam tulisan minggu ini saya akan senaraikan apa perkara yang boleh awak buat sebagai freelancer untuk menghadapinya.

Kenal pasti jika sektor atau industri awak berada sekarang akan terkesan atau tidak.

Jika ya, pastikan awak ada perancangan untuk pergi ke industri yang kurang terkesan daripada impak ekonomi ini.

1) Sentiasa membaca berita berkaitan ekonomi dunia

Sekiranya awak seorang yang selalu mengikuti berita, awak sudah pasti tahu beberapa forecast yang menunjukkan akan berlakunya kegawatan ekonomi.

Tapi tidak siapa tahu bila sebenarnya ia akan berlaku.

Dan jika berlaku, adakah negara kita akan terkena tempiasnya dengan teruk atau sedikit sahaja.

Rajinkan diri awak untuk membaca berita ekonomi semasa seperti subscribe percuma newsletter The Coffee Break untuk dapatkan berita secara harian terus ke inbox e-mel awak.

2) Nilai kekuatan kewangan peribadi awak

Dalam tulisan sebelum ini, saya pernah sentuh mengenai pentingnya mengurus kewangan sebagai seorang freelancer.

Sekiranya awak masih belum ada simpanan atau tak pernah tahu berapa komitmen bulanan awak,

Sekarang adalah masa yang sesuai untuk mula mengetahuinya.

Awak boleh baca tulisan ini di bawah:

Jangan sudah terhantuk baru tengadah.

3) Pelbagaikan portfolio dan servis freelance

Merujuk kepada nota di awal tadi, sekiranya industri awak sekarang amat terdedah dengan risiko kemelesetan ekonomi ini,

Awak perlu buat perancangan rapi untuk pergi ke industri yang kurang terkesan.

Antara contoh industri yang kurang terkesan sudah pastinya industri seperti makanan ruji dan komestik.

Jadi, awak boleh kaji sendiri jika industri awak akan terkesan dan ubahkan tawaran servis freelance selari dengan industri baharu itu.

Mula bina portfolio atau kemaskini portfolio awak bagi industri berkaitan.

4) Sentiasa belajar dan adapt dengan perubahan masa

Dalam apa yang awak lakukan, tawarkan kepada klien, jadilah seperti air yang senang dibentuk-bentuk.

Apabila ada ruang untuk belajar perkara baharu yang mampu meningkatkan tahap kualiti servis awak, teruskanlah untuk belajar.

Lagi-lagi sekiranya keadaan ekonomi yang tidak menentu ini.

Besar kemungkinan demand daripada klien awak akan berkurangan dan sudah tentu awak perlu bersaing dengan lebih ramai orang di luar sana.

Jadi, dengan sentiasa belajar dan tambah baik skil sedia ada awak, insya-Allah awak mampu bersaing dengan tenang di luar sana!

The key to success is dedication to life-long learning.

5) Hidup bermasyarakat (berkomuniti) antara kita

Memang benar jika keadaan ekonomi jadi bertambah buruk, klien akan kurang memerlukan servis freelancers.

Tetapi jika kita hidup bermasyarakat di dalam komuniti freelancers kita, kita akan lihat bahawa adanya sokongan mental dan tempat kita berteduh bersama.

Peluang-peluang *job *freelance juga akan dikongsi bersama kita juga.

Hari ini sahaja, saya kongsikan satu *job *kepada rakan freelancer lain,

Dan kebetulan ada seorang rakan freelancer yang kongsikan tentang saya kepada rakan beliau.

Jadi, seperti dahulu ketika dunia tenat diselubungi COVID-19 adanya #KitaJagaKita.

Ya, masih lagi begitu sekiranya awak hidup berkomuniti antara freelancers lain.

Semoga bermanfaat dan kita jumpa lagi pada minggu hadapan.

Selamat maju jaya dan semoga dipermudahkan urusan awak.

Kalau awak ada sebarang soalan atau perlukan bantuan berkaitan freelance, awak boleh DM saya terus atau melalui Tanya Syahmi Dulu