5 Tips Freelancer Kekal Bersemangat
Rasa seperti nak putus asa atau burnout menjadi freelancer?
Syahmi Rafsanjani5 min readUpdated Memang tidak dinafikan menjadi seorang freelancer itu diberikan ganjaran yang setimpal.
Kita boleh urus masa bekerja sendiri dan mendapat pendapatan lebih daripada bekerja dengan orang.
Tapi seperti diri saya sendiri pun kadang-kadang rasa hilang semangat juga.
Mungkin penat bekerja tanpa rehat, melayan permintaan klien yang tak masuk akal atau mungkin rasa nak berhenti seketika dan buat perkara lain.
Ianya normal.
Kalau awak rasa begini, ketahuilah yang ianya normal.
Jadi, dalam penulisan minggu, saya ingin kongsikan tips saya untuk memulihkan semangat kita sebagai seorang freelancer.
1) Tetapkan Matlamat Yang Jelas
Langkah pertama untuk pastikan semangat kita tak padam adalah dengan tetapkan matlamat yang jelas.
Apa matlamat awak di dalam dunia freelance?
Nak upgrade skil sedia ada?
Nak dapat lebih ramai klien setiap bulan?
Nak jana ribuan ringgit setiap bulan?
Atau nak luaskan tawaran servis awak?
Dengan matlamat yang jelas, awak akan menjadi lebih fokus dan bersemangat untuk teruskan melangkah.
Dan janganlah tetapkan matlamat yang tidak realistik.
Bukan saya ingin menghalang awak untuk tidak bermimpi.
Tetapi kadang-kadang kita perlu berpijak di bumi yang nyata.
Contohnya, saya awal-awal dulu tak pernah terfikir nak jana RM10,000 sebulan.
Dulu, saya hanya fikir nak jana RM2,000 pun dah cukup sebulan.
Dan lagi lama saya berusaha dan timba ilmu dan pengalaman,
Lagi saya faham yang untuk mendapat ganjaran yang lebih besar, kita perlu hadapi cabaran kecil dahulu.
Dan secara tidak langsung, diri kita akan dipersiapkan untuk menghadapi cabaran yang besar dan seterusnya mendapat ganjaran yang besar.
Kita dah nak masuk 2024 ini, jadi awak dah ada matlamat freelance awak bagi tahun 2024?
Kalau awak gagal merancang, awak merancang untuk gagal.
2) Berkawan & Bina Jaringan (Networking)
Manusia diciptakan berpasangan serta hidup berkomuniti.
Kita tidak boleh hidup berseorangan, lagi-lagi apabila menghadapi cabaran yang besar di dalam dunia freelance.
Carilah kawan-kawan yang dapat bersama-sama kita, ketika susah dan senang.
Contohnya, kenali freelancers lain di X (atau Twitter) dan bergaul dengan mereka.
Buatlah kawan seikhlas hati yang mungkin. Tanpa mengharapkan sesuatu.
Pergi ke event yang dianjurkan freelancers atau niche industri awak sendiri.
Contohnya, beberapa minggu lepas saya ada nampak webinar khas untuk freelance digital marketers.
Pergi ke webinar itu, tengok siapa di dalam komuniti awak dan bergaul dengan mereka.
Insya-Allah perkara baik seperti peluang dan bantuan emosi akan hadir dalam diri kita.
Saya sendiri bergaul dengan komuniti developers di X kerana saya selesa dengan persekitaran yang sihat dan membolehkan saya belajar banyak benda baharu tanpa feeling of being judged.
Semoga adanya komuniti close-knit antara freelancers yang kita boleh bersandar dan luahkan apa yang terbuku di hati.
Sekarang saya masih fokuskan lebihan masa membangun aplikasi Freelance OS dan selepas itu video Bercakap Dengan Klien.
3) Health Over Wealth, Always
Perkara ini saya rasa awak sendiri pun dah tahu.
Tetapi selain bersenam, kita juga perlu tingkatkan kesihatan mental.
Jangan berfikir pasal kerja sangat dan cuba cari perkara lain di luar kerja.
Dapatkan bantuan pakar sekiranya awak rasa *overwhelmed *dengan sebarang isu yang awak hadapi.
Jangan tangguh kerana lambat-laun ianyakan membarah dan akan menjejaskan proses mencapai matlamat yang awak telah tetapkan tadi.
Hal ini kerana kesihatan penting untuk memastikan awak berada di tahap terbaik dalam memberikan servis awak dan membantu klien awak.
4) Lihat Cabaran Sebagai Peluang
Dalam pembacaan saya mengenai buku-buku *enterpenuership *dan juga freelancing, banyak kali disebut: abundance mindset.
Iaitu melihat dunia sebagai tempat yang dipenuhi dengan bermacam peluang, kekayaan untuk semua orang dan bersyukur dengan apa yang kita perolehi setakat ini.
Misalnya, klien ada minta awak buatkan sesuatu di luar kemampuan awak dan bagi awak ini amat merenyahkan awak.
Mungkin terpaksa habiskan masa berbelas jam lagi untuk siapkannya.
Tapi dalam proses tersebut awak telah belajar perkara baru dan klien pun dengan senang hati membayar lebih kepada awak.
Kini, awak dah boleh tawarkan ilmu yang baru dipelajari tadi sebahagian daripada pakej servis awak.
Nampak tak pergandaan ganjaran yang sedang berlaku?
Awak luangkan usaha dan tenaga sekali tetapi kini awak boleh dapatkan ganjaran tersebut berkali-kali tanpa perlu luangkan masa untuk belajar.
Jadi, pandanglah cabaran sebagai peluang untuk awak *grow *dan belajar.
Kalau awak kurang selesa dengan permintaan klien awak, pastikan awak baca tulisan di bawah ini:
5) Catat Pengalaman & Berkongsi!
Kalau awak ikuti dan baca penulisan saya sebelum ini, memang banyak kali saya terangkan kepentingan berkongsi ini.
Tapi ianya bukan semata untuk mendapatkan klien sahaja.
Ianya juga untuk kita berkongsi inspirasi kepada freelancers di komuniti kita.
Saya gembira melihat kejayaan freelancer di X dari satu hari ke hari.
Seronok melihat ramai yang memilih jalan hidup mereka sendiri dengan menjadi solopreneur berjaya.
Jadi, teruskan berkongsi dan kalau awak rasa nak putus asa pun, tetaplah teguh berkongsi pengalaman dan perasan awak.
Insya-Allah ramai kami di komuniti ini akan memberi sokongan padu kepada awak.
Berita baik untuk freelancers di X!
Profil X awak akan menjadi resume awak juga.
Selain mempromosi diri sebagai freelancer di X, kini boleh jadi yang awak akan ditawarkan pekerjaan tetap:
Akhir sekali, ketahuilah bahawa tiada perkara yang senang dalam hidup ini.
Tetapi dengan ketahanan, kesabaran, dan semangat yang tinggi, kita boleh berjaya.
Tetapkan matlamat yang jelas, bina hubungan yang rapat, jaga diri, pandang cabaran sebagai peluang, dan kongsikan pengalaman – itu kuncinya.
Ingat, freelancing ialah satu pengembaraan.
Jadi, teruskan melangkah dan jangan putus asa!
Semoga tips di atas dapat membantu awak dan semua freelancers di luar sana.
Kalau awak ada sebarang soalan berkaitan freelance, awak boleh DM saya terus atau melalui Tanya Syahmi Dulu