Back to blog

Nak berhenti kerja? Ketahui 7 perkara ini dahulu

7 perkara penting perlu tahu sebelum berhenti kerja dan freelance sepenuh masa

Syahmi Rafsanjani4 min readUpdated
Photo by Christian Erfurt on Unsplash

Mungkin awak macam saya dulu juga, stress dan penat kerja 9-5.

Terpaksa hadap traffic jam seharian dan bazir berjam-jam dalam kereta untuk pergi dan balik dari kerja.

Dan akhirnya nekad untuk berhenti kerja dan fokus full-time freelance.

Tapi sebelum nak berhenti kerja, pastikan awak tahu 7 perkara ini dulu sebelum buat keputusan besar itu.

Semoga ianya membantu, inshaAllah.

1) Pastikan simpanan sudah mencukupi

Saya pernah sentuh perkara ini dalam Zero to Freelancer Roadmap.

Tapi secara amnya, awak buat kira-kira berapa bayaran komitmen yang untuk bayar sewa rumah, loan kereta (minyak, tol, dsb).

Pengiraan makan minum hanya ambil yang minima dan agak-agak boleh hidup ‘selesa’.

Dah dapat jumlah komitmen bulanan, boleh simpan 6-12 bulan berdasarkan tahap risiko awak.

Contohnya kalau komitmen awak sebulan dalam RM2,000, boleh simpan sebanyak RM12,000 (6 bulan) - RM24,000 (12 bulan).

Kalau jenis tak berani sangat ambil risiko, simpan 12 bulan.

Kalau jenis berani sikit, boleh simpan 6 bulan.

Kenapa penting? Sebab tak nak bagi pressure kepada diri awak nanti.

Sebab nak kena fikir nak bayar tempat berteduh dan juga makan minum.

Kerana awak perlukan ketenangan fikiran dalam membuat keputusan, lagi-lagi bila menjadi freelancer.

Perkara ini juga berkait kepada betapa terdesak kita nak ‘close’ client yang kadang-kadang akan makan diri kita juga sebab klien akan nampak kita desperate sangat.

Boleh gunakan Doploh yang saya buat sendiri untuk tahu komitmen bulanan dan juga tahu berapa lama simpanan kecemasan awak mampu bertahan.

2) Pendapatan freelance = gaji sekarang

Selepas dah boleh cover komitmen bulanan, perkara seterusnya adalah pastikan income freelance sama atau menghampiri gaji sekarang.

Kalau boleh, pastikan income freelance lebih dari gaji sekarang sebab dalam freelance ada naik turun income.

Boleh jadi yang awak di dalam situasi ‘naik’ sekarang.

Biasakan berbelanja ikut kemampuan, minima dan income lebih masuk dalam ASB atau simpanan kecemasan.

Sebab kalau dah full-time freelance nanti dah tak ada gaji masuk bulan-bulan.

3) ‘Validate’ servis freelance dan dah faham apa klien mahukan

Kalau dah boleh dapat income dari freelance berjumlah beribu atau sama dengan gaji sekarang,

Maknanya awak sudah pun ‘validate’ yang servis freelance awak ada permintaan.

Selalunya cabaran ini untuk mereka yang baru mula nak freelance dan tak pasti kalau servis yang ditawarkan itu ada permintaan atau tidak.

Awak juga dah faham apa yang klien nak dan dah boleh pakejkan servis freelance untuk ‘upsell’ kepada klien sama supaya ada ‘repeat customer’.

Ini akan buka peluang lebih besar untuk caj servis lebih tinggi dari klien yang sedikit berbanding caj rendah tetapi klien yang ramai.

Boleh belajar apa itu value ladder dan juga Customer Lifetime Value (CLV) untuk tahu lebih mendalam.

4) Testimoni positif dan jaringan yang kukuh

Selepas dah ada beberapa klien dan testimoni positif dari klien, ini akan memudahkan awak untuk jual servis awak kepada bakal klien yang baru.

Ini menunjukkan awak ada track record yang bagus dan bakal klien boleh percaya yang awak boleh deliver servis seperti yang dijanjikan (credibility sebagai freelancer).

Klien lama juga akan menjadi sebahagian dari jaringan awak dan akan sebarkan word of mouth dan referral kepada rakan-rakan mereka.

Dan besar kemungkinan awak juga telah menjadi ‘go-to-person’ di dalam circle mereka.

5) Penuhkan kalendar kerja untuk 2-3 bulan akan datang

Berkait dengan income yang tidak stabil sebagai seorang freelancer, perlu untuk awak adakan pelan kalendar kerja.

Ini untuk pastikan 2-3 bulan akan datang awak dah confirm ada income dengan klien yang nak servis awak sebagai freelancer.

Kalau masih tak boleh penuhkan, amat susah untuk awak jangkakan berapa income awak untuk bulan hadapan.

Awak mungkin akan nervous sedikit apabila dah resign nanti dan tengok tak ada income bulan hadapan.

Pastikan juga yang jadual bayaran dari klien bersesuaian dengan bayaran komitmen bulanan awak sebab kadang-kadang klien juga akan bayar lambat sedikit.

Kena prepare juga kalau klien bayar lambat, apa alternatif untuk bayar komitmen (guna duit simpanan?).

6) Employability (kebolehpasaran)

Ini juga penting untuk memberi ketenangan kepada fikiran awak sebagai seorang freelancer.

Kadang-kadang awak akan rasa down bila tak ada klien dan duit tak cukup untuk teruskan hidup.

Dan waktu itu, awak mungkin rasa terpaksa untuk cari kerja semula.

Penting untuk awak nilai diri awak dan tahu skill apa yang boleh tawarkan (kebolehpasaran) sebagai pekerja untuk mana-mana majikan.

Apabila kita tahu skill apa yang kita ada, kita yakin yang kita boleh diambil semula sebagai pekerja.

Ini adalah Plan B kebanyakan freelancer yang saya kenal.

Sebab mereka tahu kebolehan mereka tetapi mereka tetap memilih untuk menjadi freelancer dan prepare Plan B sekiranya berlaku apa-apa perkara yang tidak diingini.

Tak pelik kalau tengok freelancer yang dah freelance bertahun-tahun,

Mereka sentiasa belajar dan tambah baik skill yang mereka ada sekarang ini.

7) Keyakinan & Tujuan Freelance

Seperti perkara lain dalam hidup, freelance juga tidak mudah.

Sebab itu saya ulang beberapa kali yang freelance bukan skim cepat kaya atau jalan pintas nak berjaya.

Ada naik turun dalam kehidupan sebagai seorang freelancer.

Pelangi tidak akan muncul selamanya dan hari juga tidak akan hujan berhari-hari.

Kadang-kadang income berpuluh ribu dan kadang-kadang ratusan sahaja sebulan.

Perkara pokoknya ialah keyakinan awak untuk bantu klien awak dan dibayar setimpal dengan usaha dan pengalaman awak.

Awak juga perlu kenalpasti apakah tujuan awak untuk menjadi sebagai seorang full-time freelancer.

Ada yang saya kenal buat untuk keluarga, anak dan bini.

Dan ada juga yang buat kerana inginkan hidup gaya sendiri, macam saya.

Lain orang, lain tujuannya dan awak sahaja yang kenal diri awak.

‘Tujuan’ ini akan menjadi tempat awak bersandar dan mengharungi segala cabaran sebagai seorang freelancer.

InshaAllah, saya doakan awak berjaya dan mampu capai apa yang diingini.